Pages

Tuesday 30 June 2015

Keep Fit

2 comments



Bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum! Moga semua pembaca sihat sejahtera. Lama bebenor tak menjenguk laman yang cute miut ni. Hehe. Penulisan kali ni agak santai, sebelum-sebelum ni 'skema'. Kita kasi tukar itu angin la. 

'Tester' untuk bulan ramadhan ni, kita nak share tentang Fitness. Chewah! fefeeling trainer gitu. Sebenarnya tips ni tuan badan dah test sendiri. Memang superb! rasa mantap je badan, tak de spare tyre sana ni. Paling penting nak badan tip top, memang kena kawal kuantiti makanan. Bagi yang tahu bab kalori-kalori haa! tu dia la kena jeling-jeling kot2x terlebih kalori makanan yang diambil. Jangan lupa untuk minum air mineral sebanyak-banyaknya.

Kalau bantai je, mmg bantai juga result yang diperoleh. - (Saeidah, 2015)
" Di bulan ramadhan yang mulia, 2014. Al-kisah, badan rasa dah x sedap. Jalan sikit dan mengah, rasa macam nak tumbang sebab tekanan darah rendah. Bila badan 'comel', saluran darah sempit oxygen nak circulate pun jadi x laju. So, tu yang nak tumbang. Mengah-mengah, lambat nak recover ke'mengahan' ni. Huhu! So, diri ini sudah tak tertanggung lagi derita yang dialami. *Poyo x?* Luahkan pada family dan adik. Makanya, diberi 5 step ni. Azimat dikala diri memerlukan. Hoho!


Ok! Let's we go through the main point. Hanya 5 step sahaja, khidmat nasihat by my Trainer a.k.a lovely brother! Nidzam Syaamil. Ok, promote dia punya web sekejap Abang Sado!

Training tanpa henti dilakukan lepas tarawih masa 2014 ni, mesti pelikkan kenapa baru nak share tahun 2015. Hehe! actually, bila masuk bulan ramadhan ni teringat pula y lepas punya bila kawan tanya ada cadangan x nak kurus, hehe. Apa lagi kita kasi buka itu cerita la. Badan pun x sedap, so kena repeat semula step ni kan. Hehe! Teruk sungguh bila x selesa baru nak buat, sepatutnya kena maintain jaga. Adeh3x! inilah namanya insan 'Ma nasiya' *sering lupa*.  Opps, membebel lagi. Main point x sentuh lagi. Nampak x kucing tu dah x menyabo ni haa dah siap 'warming up' lagi tu, keh3x!

Akhirnya, sampai destinasinya banyak no menyinggah-nyinggahnya. 
5 STEP :

1. Squad workout


Tujuan untuk 'shape' kan punggung dan pinggul. Sebenarnya kena duduk habis tanpa terbuka ruang lutut dari asal kita turun. Kalau style mcm ni jadi tonggek sikit maa. Hmm x jumpa gambar yang sesuai pula. Buat step ni turun naik dalam 20 kali x 3 set = 60 kali. Setiap gerakan dari diri ke duduk + mencangkung habis ye, mencangkung + diri semula dalam sela 2 seconds. 
2. Bicycle abs workout 


Haa! seterusnya style macam ni. 
1. Baring terlentang.
2. Angkat sikit badan, letak tangan di belakang kepala.
3. Angkat sikit badan, siku kena touch pd lutut secara bersilang. 

Haa! Ni utk tegangkan perut. Supaya x menggelebeh, kalau buncit pun, x menggelebeh. No spare tyre. hehe. Sama juga, 20 kali x 3 set = 60 kali.   Dari pergerakan angkat badan dan touch ke lutut jangan buat laju-laju, keep calm kira 1,2,3 seconds baru baring. Angkat semula badan touch lagi 1,2,3 seconds dan letak kepala ke lantai. Fuh! terasa tegang semua beb. :P

Baru lah terasa nikmat senaman tu, kalau buat laju2x memang x terasa 'senaman'nya tu. 

3. Push up 

Image result for push up workout

Huhu! Ni nama lainnya pumping kan. Kalau dah fit giler, boleh la style mcm ni. For beginner, marilah mulakan mcm ni. Sedar diri la katakan. Hehe

Image result for push up workout

Haa! Tujuannya untuk tegangkan otot bawah lengan,  supaya x menggelebeh dan bagi mantap abs (abdomen perut) dan dada. Jadi, mantap gitu! Jangan lupa 20 kali x 3 set = 60 kali.  Sama juga sela setiap pergerakan dalam 2/3 seconds. Rasa beb, rasa tegang dan betapa 'ringannya' badan bila nak push up!


4& 5. Side leg workout 

Haa! seterusnya buat la macam ni, baring mengiring tangan buat macam dalam gambar ni dan buat dalam bilangan yang sama iaitu 20 kali x 3 set = 60 kali. Kaki x perlu nak circle macam di atas pun x pe. Untuk peha yang besar dan berat ni kan, memang 'seksa' untuk mengangkat sebanyak 20 kali ni. Cuba jangan x cuba. 

Alhamdulillah selesai juga!
Haa, ni lah dia 5 step yang saya buat, tiap2x malam sampai raya beb. Bila raya fuh rasa 'langsing' tetiba kan. Tapi, bila banyak rumah terbuka plus nak jaga hati. Hehe 'kembang' semula la. Sepatutnya kena tegas dan disiplin kan. Sebenarnya ada lagi step workout yang lain. Kira y 5 ni kalau istiqamah memang superb result plus jaga pemakanan dan minumlah air mineral sebanyak-banyaknya. *air masak?* Haa, air masak dah x de khasiat sebab semua mineral yang ada musnah disebabkan proses pemanasan air tu. Arrasso?! :P

Selamat mencuba! 
Jangan lupa kongsi perkembangan dan result kalian.
Fuh! siap satu entry untuk puasa hari ke 13. [13 Ramadhan 1436H]
Selamat berpuasa!
Tarbiyah jasadiyah dan rohaniyah perlu seiring barulah jadi Mukmin yang hebat!

Haa, tazkirah sikit la.

Bulan ramadhan bulan ibadah,

Bulan keberkatan, semua amalan dilipatgandakan.
Qiyam jangan x qiyam.
Cer recheck paling last buat bila. 

Bila tarikh last kita mengulang hafalan.
Tadarus dan tadabbur?
Allah!
Kita ni pendosa,
Allah penerima taubat.
Rasa diri kita ni suci dari dosa,
itulah salah satu dosa yang telah pun dilakukan.
Keep calm and fighting for our 'ibadah and taubah!

Sucikan jiwa, sucikan diri. 
Mmuah!
Assalamualaikum.
Mohon ampun dan maaf, sekiranya tersilap bicara terlajak kata.
Apa-apapun perkongsian melalui pengalaman, 
Paling penting, bukan seorang trainer ataupun kaki senam tegar!
:P

" Harapan selalu ada, Bagi yang mengharap dan berusaha! "


*stye x?* hehe


By,  
Saeidah Sempoi.

[30 Jun 2015M]
7. 44 AM 
Rumah Terchenta.


Tuesday 17 March 2015

Diary 2

0 comments



Hmm
Kehidupan Master



Mencabar beb mencabar,
Mencabar kalau x de planning study betul2x.


asal nak sambung study je
memang x ke mana,

Memang kena planning,
Memang kena ada schedule
apa yang kita nak dari master ni,

Macam degree dulu ada aim,
tetiba time Master ni x tulis aim macam tu pula,


Argh! 
Lost, lost, lost
rasa macam looser!

Err
Ayah selalu push pesan,
P pulun tesis tu betul2x.

Betul tu abah,
tapi tu la sibuk dengan persatuan/kelab bagai 


Dah la x reti nak susun masa elok2x.
Habis punah semua

Orang cemerlang dia dah susun dari awal.
Ish3x,
aku x tahu la kenapa rasa macam hilang semangat je ni


Rasa macam x de arah tujuan pula,
sedangkan ada je,
Aku rasa aku yang kosong,
Kosong, kosong, kosong.


Rasa macam aku x tahu,
future nanti nak jadi apa.
Sebab dari kecil mak ayah yang tolong susunkan.
Ikut flow, ikut arus.

Pernah je masa zaman sek men,
Konon x nak dengar cakap ayah nak buat keputusan sendiri
konon rasa macam dah besar

Last2x, 
sendiri yang 'kiok'
Argh!
Sejak dari tu x berani nak lawan cakap dan buat keputusan sendiri.


Benarlah kata pepatah,
orang tua lebih makan garam dari kita.

Jangan nak lawan cakap,
Neraka tau x, neraka!


Apa2xpun, 
Umi abah,
Along sayang umi abah!

Tanpa diorang,
tak wujudlah kita di muka bumi ni.


* Celoteh2x lagi.
Jangan bosan membaca ya!


[17 Mac 2015]
11.19 PM
Rumah Terchenta


Diary 1

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum!
Hello guys.
Keh3x

Dah lama rasanya x menulis dalam blog ni.
Hmm, first of all.
Alhamdulillah wa syukurlillah.


Aku masih dihidupkan lagi.
Walaupun hampir2x melayang nyawa
treler nak hentam.

Allah s.w.t kata belum sampai ajal,
Makanya x melayang lagi.

It's complicated bila kita sebut pasal hati.
Kenapa susah sangat bila melibatkan hati dan perasaan ni.
Mengapa kita perlu jatuh hati pada seseorang itu?

Mengapa kita perlu rasa geram, sedih, suka dan duka
disebabkan oleh seseorang?

Omg!
Hanya Allah s.w.t yang tahu,
Untuk mempertahankan semua rasa perlu berbekalkan keyakinan dan kepercayaan.
Tanpa dua elemen ini, maka tidak akan bertahan lama sesuatu rasa itu.


Percaya akan hikmah dihujungnya.
Yakin akan petunjuk yang Allah s.w.t bakal tunjukkan.

Ya Allah!
Aku rasa seperti dah x berdaya untuk terus bertahan
Tapi, bila difikirkan semula.

Ranjau alam rumah tangga lebih mencabar lagi.
Sebab kita nak hidup dengan pasangan tu sampai akhir hayat
Kalau boleh nak sama2x jumpa semula dalam SyurgaNya.

Apalah sangat ujian2x hati yang ada sekarang ni,
Ni x de apa2x ikatan punyalah serabut, kalut nak mati baq hang!

Cuba fikirkan, 
Bila dah kahwin, mesti lagi power mehnahNya
Mesti kena kental super duper kan!

Hmm,
Aku x tahu dan x pasti,
Hinggakan aku doa biar hilang rasa suka dan ingatan aku terhadap seseorang ni
Punyalah seksa kan.

Dan paling pelik, 
Kenapa la aku sanggup nak terseksa macam ni.
Argh!

Sampaikan satu tahap,
Nak marah pula, 
Macam mana boleh ter'suka' dan 'jatuh hati'.

Argh!
Inilah namanya menguji dan teruji 'kesabaran'.
Allah s.w.t nak test sesabar mana kita.

Fuh!
Memang terasa dan teruji sungguh kesabaran itu.
Iman beb, Iman, 

Jaga elok2x iman,
Jaga elok2x maruah,

Perlu ingat,
Jangan sampai melayang dan tergadai maruah,
Seriously!

*Celoteh2x,
Lepas pekung di dada.


[17 Mac 2015]
10.59 PM
Rumah Terchenta!




Wednesday 7 January 2015

Jodoh

0 comments




Assalamualaikum, 
Moga semua pembaca dan bloggers keep in healthy and happy always!

:) 

Sudah lama rasanya tidak menulis dalam blog tercinta ni. Mungkin disebabkan oleh kekangan masa dan umur yang bertambah menjadi asbab untuk tidak aktif dalam dunia blogging ni. Mood aktif dalam dunia blogging pun menurun disebabkan oleh munculnya dunia dakwah dalam Instagram, twitter yang meluas! Facebook tidak dinafikan masih mendapat tempat pertama menjadi medium interaksi dan laman sosial yang terunggul. Hmm, siapa punya idea?  Bijak x bijak. Kita kena hebat juga, kena ada produk sendiri. Kualiti dan dapat memberikan banyak faedah untuk masyarakat. Ya! Moh le kita memikirkannya dan cuba merealisasikannya mengikut kemampuan dan bidang masing2x. Jika kita bersatu dan bergerak bersama pasti meletup and it's awesome!


Umur sudah meningkat, 24 years old for this year. Omg!
" Ada apa dengan umur? "
Ada, pentingnya umur ni untuk menjadi penanda aras 
berapa lama lagi tempoh yang kita miliki untuk terus berdiri 
dan berkhidmat di muka bumi ini.
Bukan sekadar umur, tetapi ilmu dan harta atau rezeki 
yang kita miliki akan dipersoal dan ditanya oleh Allah s.w.t.

UMUR, HARTA, ILMU akan DITANYA OLEH ALLAH
Dari Mu’adz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Dua kaki seorang hamba tidak akan berpindah (dari tempatnya berpijak nanti pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang empat perkara :

" Tentang umurnya, kemana saja dia habiskan; tentang masa mudanya, dengan apa dia gunakan; tentang hartanya, dari mana dia mendapatkannya dan untuk apa dia belanjakan; dan tentang ilmunya, apa yg dia perbuat dengan ilmunya itu? ( Hadis Riwayat At Thabrani dan Al Bazzar)."
Hadis ini mengingatkan kita agar tidak sembarang menggunakan umur, masa muda, harta dan ilmu yang telah diberikan Allah kepada kita, gunakanlah sebaik-baiknya, karena nanti di akhirat kelak kita akan diminta dipertanggunjawabannya.


Ada empat perkara lain yang harus kita cari atau kita hadirkan dalam diri kita, karena bila telah kita dapatkan maka empat perkara ini maka kita tak perlu memikirkan yang lain yg tak kita peroleh didunia ini seperti dijelaskan sebuah Hadis Riwayat Ahmad sebagai berikut :

Dari Ibnu Umar r.a, bahwa Rasulullah SAW bersabda : Empat perkara yg jika telah terdapat dalam dirimu, maka engkau tidak perlu memikirkan apa yang tidak engkau peroleh didunia.

Empat Perkara itu adalah
1) Berbicara yang benar (Jangan Dusta); 
2) Menjaga Amanah;
3)Berakhlak Mulia dan
4) Memakan Makanan yang baik (halal).

Ringkasnya kalau kita dalam kehidupan ini harus selalu berbicara yang benar, kalau mendapat Amanah (kepercayaan) harus kita jaga, bila diamanahkan menjadi pemimpin jadilah pemimpin yang baik, bila dipercaya jadi polis, hakim jadilah polisi, atau hakim yang amanah (yang dapat dipercayai, hingga kita menjadi orang yang berakhlak mulia. Terakhir makanan yang baik jangan diberikan makanan yang dibeli dengan rasuah atau hasil dari penipuan dan fitnah kepada anak, isteri atau keluarga yang lain.

Sedarlah wahai para manusia, sesungguhnya jawatan yang kamu pegang itu adalah hak Allah s.w.t hanya bersifat sementara sahaja. Kamu akan dipersoalkan pada setiap tindakan serta keputusan selama kamu berkuasa. Ingat sikit pada Allah.

Jodoh?
Aku tetap akan mengaktifkan radar mencari sosok yang dinanti,
aku tetap akan mengaktifkan doa pengharapan dariNya.
Aku tetap akan berdoa kepadaNya sentiasa agar memberikan yang terbaik
bukan sahaja untuk diriku, tetapi untuk agamaku, masa depanku, generasi keturunanku.

Hanya Dia yang tahu, mana yang terbaik untuk hamba2xnya.
Pengetahuannya tidak terbatas.
KudratNya tiada sempadan,
Iradahnya diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.

Oh Allah!
Aku memohon yang terbaik dariMu,
Kau berikanlah yang terbaik untukku,
Aku hanya mengharapkan berkat dan redhaMu selalu.
Apa sahaja yang menjadi kemurkaanMu akanku jauhi,
Ku mengharapkan bimbingan dan pimpinanMu selalu 
dalam setiap tindak tanduk dan langkahku.

Kau kurniakan daku seorang suami yang beriman, 
beramal soleh serta bertaqwa padaMu,
Kau kurniakan daku suami yang dapat membimbingku dunia dan akhirat,
Kau kurniakan daku suami yang dapat bersabar dengan setiap karenahku,
Kau kurniakan daku suami yang dapat menjadi sahabat untuk agama, dunia dan akhiratku.
Kau kurniakan daku suami yang dapat bersama-sama denganku susah dan senang.
Mengharungi bersama kehidupan rumah tangga yang penuh dengan 
sakinah, mawaddah wa rahmah.

Aku tahu, 
Mungkin melampau permintaanku
Tapi, aku juga akan memberikan yang terbaik untuknya.
Be a solehah, taat and calm wife,
Selalu bersamanya tika jatuh dan bangun.

Aku kan cuba memberikan yang terbaik,
Walau banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki lagi.
Ya! Aku tahu alam baru ini merupakan alam yang lebih mencabar
Lebih besar lagi dugaan dan mehnahnya.
Dengan itu, aku memohon dariMu agar kurniakan aku selalu
kekuatan, semangat untuk aku terus dapat bertahan mengharungi dan
melaluinya dengan penuh redha dan tenang.
Dan sentiasa yakin dengan pertolonganMu di dalam setiap keadaan sekalipun.

Oh Allah!
I love you so much,
and love your love (prophet Muhammad s.a.w)  also,
I don't know how to throughout this life
without your Mercy.

Give Me the best in my life,
Give Me your blessings always.

#Full hearted

Sincerely By,
Me 

3.45 PM
Bilik Tercinta
7/1/2015



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...