Pages

Friday 11 January 2013

Pemimpin yang zalim perlu ditumbangkan!!



Peringatan untuk kita bersama selagi bergelar insan, ISLAM dan khalifah dimuka bumi ini..

" Selagi tidak tertegaknya hukum Islam sepenuhnya di muka bumi ini, maka tugas dakwah/ menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu menjadi wajib (fardhu ain) bagi setiap individu. Tugas ini tidak akan terhenti selagi tidak tertegak hukum Islam di muka bumi ini. Malah, perkara seperti ini dan pelaksanaannya perlu dipikul bersama2, jika tidak berdosalah diri masing2 yang bergelar ISLAM.. " 

Malah, menjadi wajib kepada setiap individu itu untuk memimpin dirinya sendiri/keluarga/masyarakat/negara. Lebih-lebih lagi adalah diri sendiri perlu dipimpin dan dipandu dengan sebaik2nya agar sentiasa melaksanakan segala perintah Allah dan RasulNya dan meninggalkan segala larangan Allah dan RasulNya. Kerana Maksiat itu bukan berlaku diluar sahaja, malah ia sudah masuk di dalam bilik-bilik setiap dari kita, tidak kira sama ada muslim ataupun tidak. Semuanya berpunca dari 'hujung jari'. Seiring dengan kepesatan dan kemajuan teknologi zaman kini yang semakin rancak dan berkembang.

Nabi s.a.w bersabda:

أَلَا إِنَّ لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءً يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقَدْرِ غَدْرَتِهِ أَلَا وَأَكْبَرُ الْغَدْرِ غَدْرُ أَمِيرِ عَامَّةٍ أَلَا لَا يَمْنَعَنَّ رَجُلًا مَهَابَةُ النَّاسِ أَنْ يَتَكَلَّمَ بِالْحَقِّ إِذَا عَلِمَهُ أَلَا إِنَّ أَفْضَلَ الْجِهَادِ كَلِمَةُ حَقٍّ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ

Maksudnya: Ketahuilah sesungguhnya setiap pengkhianat mempunyai bendera pada hari Kiamat berdasarkan kadar pengkhianatannya. Ketahuilah sebesar-besar pengkhianatan ialah pengkhianatan pemerintah kepada orang awam. Ketahuilah janganlah kehebatan manusia menjadi penghalang bagi seorang lelaki memperkatakan kebenaran apabila dia mengetahuinya. Ketahuilah sesungguhnya sebaik-baik jihad ialah kalimah yang benar di sisi pemerintah yang zalim.

" Sekiranya pemimpin khianat, zalim dalam kepimpinannya terhadap rakyat. Maka, rakyat berhak menegurnya. Malah konsep ketaatan seorang rakyat itu adalah kepada pemimpin yang hanya mentaati Allah dan Rasulnya sahaja. Sekiranya, seseorang pemimpin itu menolak dan tidak mentaati Allah, Rasulnya dan segala apa yang telah diberikan sebagai panduan seperti al-Quran dan hadis/sunnah, maka pemimpin ini tidak layak untuk ditaati lagi.
Kerana di dalam jiwanya tiada ISLAM dan tidak mahu hidup dengan cara ISLAM. 

Penutup bicara dari hati ke hati,
Allah memperingatkan manusia supaya bertaqwa kepadanya dengan sebenar-benar taqwa, di mana mereka diminta menjalani kehidupan ini berbekalkan ketaqwaan mereka kepada Allah. 

Firman Allah SWT;
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( muslim) kepadaNya.” [Ali Imran : 102]

* Inilah merupakan kewajipan sebagai seorang Muslim, Mukmin dan Muttaqin yang hidup di atas muka bumi.

... أن الدين عند الله الإسلام ...

Mudah2an dapat memberi sedikit motivasi, semangat dan kesedaran untuk diri sendiri, sahabat handai,saudara mara dan semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

[Perkongsian dan kesimpulan yang diolah berdasarkan Tazkirah yang disampaikan oleh Ustzah Nuridah Mohd Salleh]
10/1/2013, Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...