Pages

Thursday 13 December 2012

Tazkirah V : Hati dan Mahasiswa



" Hati yang hitam dikotori dengan maksiat dan mungkar yang dilakukan dapat dibersihkan dengan taubat kepada Allah.. Namun, jika hati yang telah dibersihkan dan sering diulangi dengan kemaksiatan yang berterusan ini mengundang kepada karatnya hati. Bila hati menjadi karat, maka hati ini sudah menjadi kronik. 


Analogi bagi hati karat ini, seperti injap jantung yang sudah tersumbat, adakah berpatutan dengan hanya memakan panadol untuk merawatnya? Tidak. Tetapi Ia memerlukan kepada rawatan yang lebih besar dan serius. Bila hati menjadi kronik, maka untuk merawatnya juga bukan setakat biasa2 tetapi perlulah kepada jihad yang lebih besar untuk menyucikannya...

Taubat bukan bermaksud Istighfar kpd Allah s.w.t. sahaja.
Tetapi melibatkan 3 peringkat.
1- Menyesali akan perbuatan yang dilakukan.
2- meninggalkannya.
3- Berazam tidak mahu melakukannya lagi.

" Jenayah Paling besar yang dilakukan oleh umat Islam zaman sekarang! adalah pembaziran masa dan tidak menguruskan masa dengan sebaik2nya... "


Seterusnya, terdapat 3 Perkara yang menyebabkan Bala berlaku,

Antaranya :

1- Hati keras - Hati tidak pernah menangis kerana takutkan Allah. Dan juga tidak pernah menangis dan menyesal akan perbuatan maksiat yang dilakukan.
2- Tidak mempeduli nasib orang lain- lebih2 lagi nasib umat Islam yang lain. Hidupnya di muka bumi adalah nafsi2 (sendiri). Bagi mereka, orang lain yang hidup susah, bukan kita. Orang lain yang ditindas, bukan keluarga kita atau berlaku di negara kita.

3- Kita jarang di'uji', dicabar atau mencabar. Kerana itu, kita hidup dalam keadaan yang selesa seperti tidak ada apa2 yang berlaku. Seolah2 tiada masalah besar yang sedang berlaku di sekeliling kita.

Seorang Mahasiswa harus memimpin perubahan,
Seorang Mahasiswa harus berilmu, dan hadam dengan ilmunya itu.
Seorang Mahasiswa harus tahu tentang isu sekelilingnya.

Orang yang berilmu, tidak beramal maka itu tidak baik.
Orang yang berilmu, beramal tapi tidak ikhlas kerana Allah s.w.t juga masih tidak baik.
Orang yang berilmu, beramal dan ikhlas itulah yang terbaik..


... Antara intipati yang diperoleh dari Forum

Nur Qalbi Khas : Jihad Mahasiswa Memacu Perubahan ...
[13/12/12]-Masjid UKM, Bangi 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...