Pages

Friday 7 December 2012

Tali Iman Yang Kukuh


Rasulullah s.a.w bertanya kepada sahabat2 mengenai satu soalan,

Rasulullah : apakah tali iman yang paling kukuh?
Sahabat 1 : solat?
Rasulullah : itu bagus, tapi belum kukuh
Sahabat 2 : zakat?
Rasulullah : itu juga bagus, masih belum kukuh
Sahabat 3 : puasa?

Rasulullah : bagus, dan masih belum kukuh
Sahabat 4 : Haji?
Rasulullah : itu juga bagus, tapi masih bukan ia.

Sahabat 5 : Jihad fi Sabilillah !!
Rasulullah : Diam, dan menjawab bukan juga jawapannya

Semua tertanya2, akhirnya Rasulullah s.a.w menjawab,
Jawapannya : Perasaan cinta dan benci adalah kerana Allah s.w.t
dalam diri kita.

* Jika semuanya didasari dengan Kecintaan kepada Allah s.w.t iaitu melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, semuanya kerana Lillahi Taala. Itulah merupakan tali iman yang paling kukuh. Jika sesuatu itu tidak didasari dengan Lillahi Taala, maka ia masih tidak kukuh, malah goyah dan tunggu masa untuk musnah. Sekiranya semua perkara ibadah yang kita lakukan bermula celiknya mata hingga tertutupnya mata hatta (hinggakan) jihad fisabilillah kerana Allah, maka itu adalah tali iman yang kukuh.

... Sedikit perkongsian mengenai program 'Nur Qalbi' ...
Bertajuk : Mujahadatun Nafs
Penceramah : Ustaz Wan Sohor Bani Leman
Tarikh : 6/12/2012
Tempat : Masjid UKM, Bangi.

2 comments:

hidayah kamal :) said...

salam .. boleh ke sekiranya saya copy post awak untuk panduan hidup . serta berkongsi d blong saya ?

SaEidah SyamIelah said...

w'salam,
boleh.
silakan.. :)

Moga ia memberi manfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...