Pages

Tuesday 23 October 2012

My Dream!



Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum w.b.t semoga semua pembaca sihat sejahtera!.. Perkongsian pada hari ini adalah mengenai 'My Dream!'. Setiap dari kita mempunyai impian masing-masing dan cita-cita yang hendak dicapai. Dan hari ini, saya hendak kongsikan kepada sahabat impian dan cita-cita saya. Mungkin menjadi penaik semangat bagi diri sendiri, atau memberi 'ibrah' (pengajaran) kepada yang lain. Jika di tolak tambah, kira-kira umur sekarang sudah mencecah 20an ++, rasa diri ini masih serba kekurangan yang melampau.. entahlah, namun aku yakin dan aku tahu, aku perlu mencipta suatu langkah untuk perjalanan yang lebih terang lagi bersuluh. Kekadang apa yang kita impikan dan rancang perlu ditulis atau perlu dimaklumkan kepada orang yang kita rasakan dia berpotensi mengingatkan kita selalu akan impian yang kita hendakkan.. Ini bertujuan untuk kita sentiasa terpandu dan ingat akan matlamat/impian yang kita hendak capai.

Terdapat beberapa impian yang aku hendak capai :
1. Ingin mendirikan rumah tangga pada umur 23 tahun! Melahirkan zuriat dan keturunan yang soleh/solehah dan bertaqwa kpd Allah s.w.t.

Umur ni, mungkin segelintir merasakan mudanya! segelintir lagi berkata okay la! dan terdapat segelintir golongan yang mengatakan, umur tak penting, yang penting persediaan mental dan fizikal (ilmu fardhu ain, kifayah dan ekonomi). Bagaimana akhlak, peribadi, sahsiah, pemikiran (intelektual) keturunan kita nanti? Kitalah mencoraknya, Bagaimana pula mendapat keturunan yang baik? Kita yang mencari dan memilihnya..

Menerusi hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bermaksud : “ Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinlah anakmu itu.  Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi. termasuk dalam perkara yang perlu disegerakan ialah ; Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur..  -menyegerakan perkahwinan

2. Niat di hati hendak menunaikan Haji pada umur 25 tahun ni.

25 tahun?.. eh cepatnya. kumpul duit dari mana? InsyaAllah, ada jalanNya.. Yang penting perancangan dan dalam masa yang sama, kita perlu jana duit utk mencapai target kita. Tapi bila tak dapat capai target yang kita nak, maka ada hikmah disebaliknya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Wahai umatku semua, sesungguhnya Allah s.w.t. memfardhukan ibadat haji kepada kamu, oleh itu kamu hendaklah mengerjakan ibadat haji." Lalu seorang lelaki bertanya Baginda s.a.w.: "Adakah wajib dikerjakan pada setiap tahun, wahai Rasullullah?" Rasulullah s.a.w. hanya diam sehinggalah lelaki tersebut bertanya kali ketiga lantas Baginda s.a.w.menjawab: "Jika aku katakan ya, nescaya kamu wajib mengerjakan pada setiap tahun, oleh itu kerjakanlah ibadat haji ketika kamu berkemampuan." - panduan lengkap haji

3.  Nak sambung master tahun depan 2013.

Master?.. Zaman sekarang, 'degree' apa lah sangat, apa tujuan belajar tinggi2x?.. Utamanya adalah ilmu, Hakikat ini jelas bahawa tamadun dan pembangunan manusia dari dahulu hingga sekarang, ketinggian dan kemajuan serta kemuliaan budi pekerti serta ketinggian taraf hidup manusia tercapai setelah mereka menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
Maksud: “Katakalah – adakah sama orang-orang yang mengetahui (orang berilmu) dengan orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil), Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”(Surah Az-Zumar Ayat 9)

Ayat tersebut menunjukkan dengan jelas, bahawa kelebihan orang-orang yang berilmu berbanding orang yang tidak berilmu. Imam Al-Syafie Rahimahullah pernah berkata :
مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَ الأخِرَةِ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِل
Maksud: “Barangsiapa yang hendakkan dunia hendaklah ia berilmu dan barangsiapa yang hendakkan akhirat hendaklah ia berilmu dan barangsiapa hendakkan dunia dan akhirat hendaklah dia berilmu“.
Jelaslah kepada kita bahawa kesenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat bukanlah dapat dicapai dengan pangkat, kedudukan, harta mahupun kekayaan tetapi semua itu mampu dan hanya boleh diraih dengan ilmu pengetahuan. - Ibadat berteraskan Ilmu

4. Mempunyai syarikat perniagaan sendiri dan juga rumah perlindungan wanita.

Salah satu cara kita menyumbangkan khidmat pada agama Islam, tubuhkan pusat untuk melindungi wanita yang tidak terbela nasibnya, wanita2 tua yang tidak dijaga, dengan adanya rumah perlindungan, pembelajaran rohaniah dan jasadiah dapat dibekalkan pada mereka. Walaupun banyak rumah perlindungan namun masih kekurangan lagi, pusat perlindungan yang menekankan aspek pengisian rohaniah dalam diri mereka. Tidak dinafikan pusat2 under kerajaan juga tertubuh, namun masih tidak dapat menampung lagi bilangan wanita yang begitu banyak senasib diluar sana. Allah s.w.t melihat pada usaha kita dalam menyumbangkan sesuatu dalam Islam.  

Masing-masing punya agenda dan perancangan tersendiri untuk kebaikan, manfaat dan masa depan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan agama, sumbanglah mengikut bidangmu, jika dari bidang ekonomi sumbanglah ekonomi yang berteraskan syariat Islam, ekonomi yang tidak punyai unsur penindasan dan melanggar hukum syarak. Begitu juga dengan bidang2 yang lain. Sumbanglah mengikut kemampuan dan kepakaranmu. 

5. Tidak menyusahkan Ibu bapa

Bila ada anak, jaga sendiri, kerana ibu bapa perlukan masa privacy yang mereka tunggu-tunggu. Dari kecil sampai besar mereka peruntukkan masa untuk memberi fully energy dalam membesarkan dan menyara hidup kita adik beradik. Jadi bila anak-anak sudah berumah tangga, sudah hilang sedikit beban yang perlu mereka tanggung, tidak dinafikan tanggungjawab sebagai ibu perlu dipikul, namun bukanlah masa untuk mereka bersusah payah dan berhempas pulas. Tanda- tanda kiamat, anak memperhambakan ibunya sendiri, mereka menjadikan ibu sbg 'orang gaji' mereka, buat itu dan ini. Si anak-anak pula yang jadi 'bos'.. Nauzubillah terjadi pada diri kita sendiri yang belum mendirikan rumah tangga dan punyai anak, kepada sesiapa yang sudah berumah tangga dan punyai anak, kasihanilah ibu bapa.. walaupun mereka berstatus 'bersara', maka itulah waktu privacy mereka dalam menghela nafas lega yang panjang..

6. Dapat bersama ibu bapa di akhir hayat, memandikan, mengkafankan dan mengebumikan jenazah mereka sendiri.

Lebih baik anak-anak sendiri yang melakukan pengurusan jenazah kepada ibu bapa sendiri,
kerana mereka lah yang mendidik dan membesarkan kita selama ini, tangan-tangan mereka juga lah yang membasuh najis kita, memandikan kita dan memelihara kita sehingga besar dan pandai memikirkan tentang masa depan sendiri pula.

Sebenarnya banyak lagi impian yang ku impikan, namun ku rasakan inilah yang terbesar dan paling utama untuk perkongsian bersama kalian yang dikasihi.. Kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancang. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2nya bagi masa depannya dan keturunannya.. :)

*Segala kekurangan dan kelemahan yang wujud dalam penulisan ini, saya memohon jutaan kemaafan. Namun segala kebaikan dan manfaat yang boleh kalian kutip dan ambil, maka jadikanlah pedoman. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kalian. Semoga segala usaha murni yang kalian perjuangkan dalam menegakkan kalimah La ilahailallah, Allah s.w.t permudahkan segala urusan dan jalannya.

- Sentiasalah Mengingati Allah s.w.t dalam setiap tindakan yang kau lakukan, serta di dalam susah dan senangmu,
 InsyaAllah jiwamu pasti tenang..- 

rujukan :

2 comments:

Anon said...

Asalamualaikum wbt.

Semoga dapat capai kesemua impian tu. Amiiin.

:)

SaEidah SyamIelah said...

w'salam...

Amin.. semoga impianmu juga tercapai dan dipermudhkan oleh Allah s.w.t..
amin.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...