Pages

Wednesday 25 April 2012

3 Peringkat Makanan

0 comments


" Terdapat 3 peringkat makanan,
1. Makanan Rohani 
2. Makanan Emosi
3. Makanan Fizikal

Peringkat makanan yang tertinggi adalah 'rohani'..

1. Makanan rohani - hanya mengharap redha Allah, dan itu tujuan utama dalam hidupnya, setiap apa yang dilakukan semata2 kerana Allah, dari sekecil2 perkara hingga perkara yang paling besar, termasuk semua aspek : ekonomi, sosial, ibadah, politik, dan sebagainya kerana Islam itu menyeluruh. Jika tidak mendapat sanjungan atau pujian dr manusia tidak merendahkan semangatnya utk melakukan sesuatu.

2. Makanan emosi pula - perlu sanjungan dan puji2an, dari manusia untuk terus bersemangat dalam melakukan dan meneruskan sesuatu perkara/kerja.. (tidak elok, kerana tidak meletakkan Allah yang utama, tidak ad niat lillahi ta'ala..)

3. Makanan fizikal - makanan yang kita makan.. cth ayam, ikan, nasi dll.. makanan ini utk bekalkan tenaga utk melakukan aktviviti.. jika kita tidak makan, dan tidak jaga makan maka akan terganggu aktiviti harian.. - Prof Dr Muhaya, UKM (Ikim.fm)

*jika kita meletakkan Allah yang utama, harta akan datang kepada kita dan nama pun akan dikenang atas kebaikan dan jasa yang kita taburkan dan lakukan..

Wednesday 4 April 2012

Suci dalam debu

0 comments





‎" teringat kata2 dari ustaz ketika dalam kuliah.."

ustaz : Kamu tahu apa itu suci dalam debu??...
pelajar : semua terdiam..
ustaz : Suci dalam debu tu bukan tajuk lagu yang selalu orang nyanyi.. tp..
pelajar : tapi ap ustaz??
ustaz : nak tahu?..
pelajar : nak..
ustaz : Al-Quran al-Karim..
pelajar : ha??
Ustaz : itulah namanya suci dalam debu.. 
(Al-Quran itu suci, tapi dibiarkan sahaja di atas almari, dalam almari, dan tempat yang tertinggi,,tetapi tidak digunakan, dan di baca.. kerana itu debu menemaninya)..
Kebanyakan masyarakat kita akan buka Al-Quran bila ada kematian, bacaan yaasin, atau program khatam al-Quran, atau program tertentu, selain dari tu, tidak disentuh sekalipun..)

*Kesedaran masyarakat mengenai baca al-Quran dan faham maknanya itu amat sedikit.. kerana itu ramai yang tidak memahami apa yang disarankan oleh al-Quran, dan apa yang diceritakan dalam al-Quran.
Bagi golongan yang membaca al-Quran sudah dikirakan baik, namun masih tidak cukup.. mereka perlu memahami maksudnya pula untuk kefahaman ayat-ayat suci al-Quran itu.. :) 


- Nukilan dari saeidah syamielah-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...