Pages

Saturday 12 November 2011

Syukur atas syukur


Assalamualaikum w.b.t
Semoga Sihat hendaknya kepada semua pembaca dan blogger yang dikasihi...
Dengan lafaz Bismillah pemula segala perkara..
Dengan lafaz Alhamdulillah selesai sudah segala urusan..
Di sini hendak berkongsi kelegaan dan sedikit kegembiraan lepas bersengkang mata berjuang utk menyiapkan assignment yang menimbun..
untuk di hantar lepas cuti mid sem ni..


Kita perlulah 
SYUKUR ATAS SYUKUR
mmm... macam mana tu?..teruskan membaca..

                                                         --  Baca qoutes di atas --


Aku Syukur padaMu Tuhan,
di atas segala nikmat yang Engkau beri,
Aku Bersyukur pada-Mu Lagi,
di atas kesyukuran itu,
Kerana syukur itu satu nikmat,
yang bermakna maknawi dan rohani
Ia adalah satu pemberian-Mu
Syukur di atas kesyukuran


Begitu juga aku bertaubat di atas dosa-dosaku,
seterusnya aku bertaubat,
di atas taubat- taubatku yang palsu,
Ertinya taubatku memerlukan taubat lagi,
taubat di atas taubat.


Begitulah yang aku harapkan pada-Mu, ingatkan aku
Bahawa syukur itu adalah satu nikmat dan anugerah-Mu,
Agar aku bersyukur di atas kesyukuran itu.


Seterusnya ingatkan aku
Bahawa taubatku adalah palsu
Agar aku bertaubat di atas taubat itu,
Moga-moga aku tidak tipu diriku..


Ketahuilah Bahawa semakin banyak kita bersyukur,
semakin banyak akan kita dapat kenikmatannya dan akan ditambah lagi 
dengan kenikmatan yang lain  oleh Allah...


Sekiranya kita tidak mengucapkan syukur, maka kita dikira sudah sombong dan kufur ats nikmatnya.. syukur, tidak semestinya dr lisan shj, tetapi boleh ditunjukkan melalui perbuatan seperti sujud syukur, dan semakin bertambah amal kita pdNya dan ketaqwaan kita pdNya..


Konsep bersyukur pula terdapat dalam pelbagai keadaan antaranya: 


1. Bersyukur ketika kita dpt membebaskan diri dari belenggu masalah, kesulitan dan kepayahan.
2. Bersyukur kerana masih diberi semangat, kekuatan dan kudrat utk beribadah dan melaksanakan segala aktiviti harian.
3. Semakin banyak kita bersyukur dengan qadha' dan qadarNya ini dapat meningkatkan keimanan kita pdNya.
4.  Bersyukurlah atas segala keadaan yang kita miliki selagi ia tidak menghalang ketaatan dan perlaksanaan ibadah dan ketaqwaan kita pdNya..
 Jika keadaan kita itu miskin, dan melarat ini lebih hampir kepada kekufuran kerana dengan kemiskinan ini menghalang pelaksanaan ibadah dan sifat syukur kita kepada Allah..
kerana sibuk mencari rezeki dan makan hidup, kais pagi makan pagi, kais petang makan utk makan malam.


Segala-gala keadaan yang  menjauhkan/melalaikan diri 
kita dari mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah..
dan menjadikan diri kita semakin jauh/lupa untuk syukur kepada Allah..
perlu kita hindari dan jauhi


" orang yang dinaungi hidayah, takut jika kehilangan rasa jujur, rasa syukur, dan berjiwa besar.."


Sesungguhnya manusia itu sentiasa alpa,lalai dan leka..
Selalunya sifat hamba itu merasakan dirinya itu punya segala-galanya,
sedangkan semuanya adalah kepunyaan dn milik Maha Pencipta/Raja Sekalian Alam..


Alhamdulillah.......................
Lega teramat akhirnya..
Assignment yang perlu disiapkan sudah 90% siap..
Lebih lagi 10% masih perlu diedit dan di touch up sikit2..
Overall syukur, selesai juga ...

Tapi masih ad sisa baki yang perlu disiapkan..
Waa tetiba rasa mcam merdeka pula..
Bebas dari belenggu kemalasan yang maximum...
Syukur alhamdulillah...
Susah juga berjihad dengan kemalasan
 yang  wujud dalam nafs (diri) kita ni..


Ya Allah, permudahkan Aku untuk siapkan sepenuhnya assignment ni, dan 
dapat bentangkan dengan terbaik dan success..
Mudah2an ilmu mu ini memberi manfaat pd Aku dan juga orang lain..

Kau berkatilah ilmu mu ini Ya Rabbul 'Izzati..
Ya Aziz,
Ya Jabbar,
Ya Mutakabbir,
Ya Zal jalal li wa al-ikram...

Hanya kau Yang Maha Agung,
Maha Berkuasa dan Berkehendak ke atas sesuatu..
Kau yang berhak atas Segalanya..


Permudahkan bagiku utk mencapai kecemerlangan dalam Sem ni dn sepanjang pengajianku..
Permudhkan bagiku untuk mengulangkaji pelajaran utk menghadapi setiap exam..

Kau berikanlah kesihatan yang baik sepanjang aku menuntut ilmu, dan menghadapi 
Exam..
Kau permudahkanlah segala urusan ku di Dunia dan Akhirat...

Mudah2an kecemerlangan yang aku kecapi menjadi medium untukku mendekati masyarakat untuk turut berilmu.. dn beramal.. serta bertambah ketaqwaan padaMu Ya Rahman...




" SYUKUR ADALAH MAGNET KEBERKAHAN "...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...