Pages

Wednesday 15 June 2011

Panggilan ALLAH


A: wey ko tw x bf aq kol 3 kli seari..kw ader?(dengan mke bngge)
B: alah 3kli je pn..aq bf aq 5x de kol aq..2 ta msk extra ag..
A: bestnye! byk kdit bf ko~
B: xla..ni connection wireless,,
A: (mke ta puas ati...)ish!ble mse de kol ko?
B: SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYA'. Nak romantik aku pulak kol DIA pukul 2-   3 pagi macam tu. Masa Dhuha pun ad kdg2~
A: yeker.. tp mase ko "cuti" ko x angkat pon...
B: haha! eh angkatlah...pandai2 je ko..

(credited for Siti Nabihah dan rakan2..)


"Jenaka yang penuh makna dan hikmah.."

Kesimpulannya;
Panggilan dari ILLAHI itu yang lebih UTAMA...
Kita wajib berhubung denganNya sentiasa setiap masa,,
bukan sahaja lima waktu sehari..

Setiap denyutan Nadi dan nafas dalam diri kita semua 
dalam kawalan dan tanggunganNya,,
Jika kita angkuh dan bongkak..
Bila2 masa Dia berhak menarik nikmat yang diberi OlehNya..

Mana milik kita???
Tidak ad milik kita,,
Semua yang ad ALLAH yang punya..



Allah memanggil kita dengan 3 panggilan..

Panggilan pertama adalah AZAN
Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat
terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia
tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas.
Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat-Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi
umat-Nya, baik umat-Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan menanya dan membalas umat-Nya ketika hari Kiamat nanti.
Panggilan yang ke-2 adalah panggilan UMRAH/HAJI
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ .. Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punyai wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaik AllahumaLabaik/ Umrotan’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji/Umrah bagi yang mampu.
Dan panggilan ke-3 adalah KEMATIAN
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu, manfaatkan waktumu sebaik-
baiknya.

Huraisy
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama ‘Huraisy’ berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : “Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?” Huraisy pun menjawab, “Aku mahu mencari lima orang.”
Pertama, orang yang meninggalkan solat.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.
wallahua'lam...

2 comments:

F. A said...

mendalam.....good job, saeidah

SaEidah SyamIelah said...

terima kasih farzana...=)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...