Pages

Tuesday 24 August 2010

rambut wanita/sanggul tinggi









Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan lain-lain.

4 comments:

Anonymous said...

Dulu pernah terniat nak pakai macam ni, cz it seems pretty and neat. But Alhamdulillah, saya terbaca article on this matter. Terus cepat cepat batal niat. Not many Muslim women are aware of this kan Saiedah? :) Allah bless~

SaEidah SyamIelah said...

betul tu,,malah terdapat 2 golongan yang buat macam nie,,yang pertama mereka dh tahu benda tu tidak boleh dalam islam..tetapi buat jugak,,sebb utk kecantikan mereka,,

golongan yang kedua,,mereka tidak tahu hukum hakam tentang perkara nie dan hanya mengikut peredaran zaman,,kerana mereka merasakan perkara ini adalah satu perkara yang dibolehkan kerana ramai yang berpakaian macam nie,,

tetapi itu la,,kita perlu kembali kepada pokok asal iaitu kenapa pakai tudung,,??
bukankah tudung utk memelihara mahkota kita iaitu rambut dari diketahui dan dilihat oleh adam ..tetapi dgn konsep sanggul / atau istilah lain adalah bonggol unta..
maka mahkota kita free2 je tayang kt diorang,,, =_='

fikir2kanlah,,,
kepada sesiapa yang hendak berubah alhamdulillah,,dan kepada sesiapa yang berniat utk memakai sperti ini,,ingtlah tujuan utama kita memakai tudung adlh utk menutup aurat,,bukan utk menunjukkan kecantikan semata2..

AMIR KOMENG said...

Hmmm taktau la....depa tutup aurat..pakai baju ketat-ketat...depa pakai tudung...pakai tudung kontemporari konon....depa masuk kat TV..habis semua orang tengok..berapa banyak dosa depa dapat???

tot tot kecik said...

salam..


dulu time skolah ustazah pernah citer..
tutp aurat bkn shj yg zahir di mata..namun tmpt2 yg trtutp dn tdk perlu dtonjolkn juge prlu ditutp..

spt bonkol unta kt pale tu..smmgnye kte xnmpk rmbtnye..tp kpd ssiapa yg xtau tu cme pin sggul nk kasi bonjol..msti fikr..rmbt die ke..??pnjg mane ek..??

hurmm sume tu leh timbul dr fikirn mereka2 yg xtau..khususnye kaum adam..

wallahualam..



smile always :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...