Pages

Thursday 12 August 2010

Assignment/terawih


Sekarang adalah waktu untuk menyiapkan segala assignment yang telh diberi oleh Pensyarah2 tercinta..
dalam masa yang sama banyak tutorial-tutorial yang perlu disiapkan,,memang mencabar minda,jiwa dan raga,,masa yang ada perlu di manage dengan sebaiknya..



terjemahan surah al-Baqarah ayat 286:


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"




Dalam kekalutan yang melanda nie,,hhidup seharian yang dijalani menjadi sedikit kecelaruan,,
kerana memikirkan assignment mana yang perlu disiapkan dahulu,,,memang perlu menjadi seorang 
yang bijaksana dalam hal ni ,,kalau tersilap langkah rugi la jawabnya..



Yang paling menakutkan sekarang nie,,adalah nota-nota yang dicatat setiap kali menghadiri kuliah tidak disusun di tempat yang mudah untuk dicari adalah menjadi satu kesukaran yang paling besar dan amat dahsyat..
kerana nota-nota nnie sangat penting untuk kita baca semula sebelum menghadapi peperiksaan,,
sekiranya nota-nota penting ini tidak di struktur dan di atur,,amat payah untuk kita mengulangkaji,,barangkali,, masalah paling serius adalah nota dan point paling penting kita tidak dapat nak ulangkaji,,memang satu kerugian yang amat  nyata.



Bila kita stress..janganlah kita melayani sifat itu kerana itu akan membawa kebinasaan kepada kita
malah merendahkan moral dan semangat kita untuk maju ke hadapan,,
Jadi peranan yang paling penting adalah sokongan dari keadaan sekeliling,,iaitu kawan-kawan dan keluarga
serta penggantungan kita kepada ALLAH,,pohonlah kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan kita
dan lancarkan segala urusan kita seharian..serta hilangkan kekalutan yang melanda dalam diri dan masalah
yang kita sedang alami itu..


Di kesempatan ini juga,,bulan ramadhan adalah bulan yang mulia,,bulan ini adalah bulan di mana semua umat islam berpusu-pusu dan berlumba-lumba untuk mengerjakan amal ibadah dengan lebih banyak..kerana amalan yang kita lakukan di bulan ini akan berlipat ganda dari yang biasa..
amalan wajib pahalanya berlipat ganda,,manakala amalan sunat juga pahalanya dilipatgandakan,,
Masya-Allah,,satu peluang yang amat berharga dan sangat rugi jika dilepaskan...
Marilah kita sama-sama menunaikan solat sunat terawih ini,,kerana banyak fadhilat dan manfaat yang akan kita peroleh,,



Selamat datang ke penerbangan RAMADHAN AIR dengan destinasi AIDILFITRI dengan number 
penerbangan 1431H . Kita akan menempuh penerbangan berjarak 30 hari. Sila tegakkan kerusi IMAN,
serta sandarkan TAQWA, pasang tali keledar ZIKIR,TAHAJJUD & SEDEKAH JARIAH. 
Pilot anda AL-QURAN dan co pilot AL-HADIS. Bersama pramugari RAHMAH,MAGHFIRAH DAN 
JANNAH. 
Khas dari:
Ramadhan kareem.

Mohon maaf zahir dan batin..


hayatilah lagu taubat ini,,walaupun ia agak slow dan  ,,sentimental,,tapi ia penuh bermakna,,
Hayatilah  lagu ini,,




Gratisan Musik

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...